Plag adalah platform dalam talian terkemuka yang dikhaskan untuk mengesan dan mencegah plagiat, memastikan keaslian dan keunikan kandungan bertulis. Dikuasakan oleh algoritma yang canggih dan pangkalan data yang luas, platform kami mengimbas teks bagi mengesan persamaan dengan sumber-sumber internet dan bahan-bahan yang diterbitkan. Kami menawarkan set lengkap ciri-ciri, merangkumi pembuangan plagiat dan pemeriksaan tata bahasa, yang direka untuk meningkatkan kualiti dan ketepatan penulisan anda. Amat di percayai oleh para pelajar, guru, penulis, dan perniagaan, perkhidmatan kami melindungi daripada kemungkinan komplikasi undang-undang yang berkaitan dengan plagiat, menjadikannya alat yang tidak dapat di pinggirkan dalam mengekalkan integriti dalam kerja anda.
Proses kami bermula dengan mengekstrak teks dari fail anda, yang kemudian dibandingkan secara teliti menggunakan algoritma padanan teks canggih kami. Algoritma ini menjalankan imbasan menyeluruh melintasi pangkalan data yang pelbagai, merangkumi dokumen awam dan berbayar. Sebagai hasilnya, sebarang persamaan teks di antara dokumen anda dan dokumen sumber disorot untuk kemudahan anda. Selain itu, kami mengira peratusan teks yang serupa, yang dikenali sebagai markah persamaan, bersama dengan markah yang berkaitan lain. Akhirnya, laporan keaslian yang informatif dihasilkan, menyediakan gambaran menyeluruh tentang persamaan yang ditemui didalam dokumen anda dan dokumen sumber yang berkaitan, lengkap dengan markah yang berkenaan.
Sebaik anda memuat naik dokumen, ia akan dibandingkan secara menyeluruh dengan pangkalan data kami yang turut merangkumi dokumen umum dan artikel ilmiah. Algoritma padanan teks kami akan mengenal pasti persamaan antara perkataan dalam dokumen anda dan teks lain. Algoritma ini akan mengira peratus persamaan dengan mengumpulkan semua padanan, yang disebut sebagai markah persamaan.
Algoritma tersebut tidak hanya mengenal pasti padanan yang tepat, bahkan turut mengira padanan yang mungkin berselerak di seluruh teks. Untuk menilai risiko plagiarisme, kami menumpukan kepada kehadiran blok teks yang lebih besar dan berterusan yang menyamai dokumen anda. Malah, satu blok teks serupa yang signifikan pun mampu menandakan potensi plagiarisme. Oleh yang demikian, adalah penting untuk diingatkan yang dokumen dengan peratus persamaan yang relatif rendah masih boleh dianggap sebagai risiko yang tinggi berdasarkan kehadiran padanan teks yang substansial.
Laporan terperinci menyediakan dua ciri penting untuk analisis menyeluruh dokumen anda. Pertama, ia menyorot persamaan dalam warna berbeza, memudahkan pengenalpastian. Ini membantu anda faham sejauh mana dan jenis persamaan dalam dokumen anda.
Kedua, laporan ini membolehkan anda menyemak dan mengakses sumber asal teks yang serupa. Ciri ini berguna untuk lebih memahami teks di dalam sumber-sumber serta mengesahkan konteks dan ketepatan kandungan yang serupa. Dengan akses mudah kepada sumber asal, anda memperolehi pemahaman yang lebih baik tentang hubungan teks dan mampu membuat keputusan termaklum mengenai atribusi yang sesuai atau semakan yang diperlukan.
Dengan menggunakan pilihan pemeriksaan percuma, anda akan menerima julat persamaan teks yang komprehensif, iaitu 0-9%, 10-20%, atau 21-100%. Ini memberikan pandangan terperinci tentang tahap persamaan di dalam dokumen anda. Disamping itu, anda boleh berkongsikan laporan persamaan dengan mudah kepada guru anda, memudahkan komunikasi terbuka dan mendorong integriti akademik.
Perkhidmatan kami turut menawarkan pemeriksaan plagiarisme secara langsung, memastikan anda mampu menilai dengan cepapantast keaslian kandungan anda. Dengan ciri ini, anda boleh mengenal pasti dan menangani segera sebarang kebimbangan plagiarisme, membolehkan anda melakukan pembetulan atau memberikan kredit dengan betul kepada sumber luar.
Kami memberikan penekanan tertinggi kepada perlindungan privasi data peribadi dan dokumen anda. Komitmen kami berpusat pada prinsip apa yang menjadi hak anda adalah hak eksklusif anda. Kami dengan tegas melarang penggunaan dokumen yang dimuat naik bagi menyalin atau mengedarkan dalam sebarang jua bentuk. Selain itu, dokumen anda juga tidak akan dimasukkan ke dalam sebarang pangkalan data perbandingan.
Data dan kandungan dokumen anda dilindungi sepenuhnya oleh langkah undang-undang. Hanya anda dan pekerja-pekerja kami yang diberi kebenaran akses kepada maklumat ini, dan itu hanya untuk tujuan untuk menyediakan sokongan pelanggan. Kami mematuhi garis panduan kerahsiaan yang ketat bagi memastikan data anda kekal selamat dan sulit pada setiap masa. Kepercayaan anda terhadap perkhidmatan kami adalah sangat penting, dan kami mengambil semua langkah yang diperlukan untuk mengekalkan privasi dan integriti maklumat peribadi anda.
Kami menawarkan sokongan sembang langsung yang dikendalikan oleh ejen manusia untuk pelanggan yang telah membayar perkhidmatan kami. Selain itu, meja bantuan kami, boleh diakses melalui menu navigasi kiri, mengumpul maklumat menyeluruh tentang semua perkhidmatan kami. Di sesetengah pasaran, pembantu AI juga tersedia untuk sokongan.